Skip to main content

Dunia

Keganasan di Tebing Barat semakin meruncing, korban rakyat Palestin meningkat: PBB

Anggaran Waktu Membaca:
Keganasan di Tebing Barat semakin meruncing, korban rakyat Palestin meningkat: PBB
Penduduk Palestin meninjau-ninjau kerosakan selepas sebuah rumah pelancongan yang sedang dibina dilaporkan dibakar oleh peneroka Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat pada 21 November 2025. (Gambar: JAAFAR ASHTIYEH / AFP)
Diterbitkan : 22 Nov 2025 11:47AM Dikemas Kini : 22 Nov 2025 11:49AM
  • “Berhubung situasi di Tebing Barat, rakan-rakan pertubuhan kemanusiaan kami memberi amaran bahawa tahap keganasan di sana kekal amat membimbangkan dengan angka korban, kerosakan harta benda, pemindahan paksa, kehilangan mata pencarian serta rasa tidak selamat yang meningkat dalam kalangan orang awam Palestin,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada para wartawan.
  • Dalam tempoh hanya seminggu, menurut Stephane Dujarric, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendokumentasikan 29 serangan oleh peneroka haram Israel yang menyalahi undang-undang, mengakibatkan 11 kecederaan serta merosakkan 10 rumah, dua masjid, lebih 10 kenderaan dan pelbagai aset pertanian.
  • “Kami terus menggesa perlindungan bagi orang awam - termasuk penguatkuasaan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melakukan serangan - serta penggunaan kekerasan membawa maut oleh pasukan keselamatan dengan pematuhan ketat kepada piawai penguatkuasaan undang-undang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Dalam nasihat bersejarah pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menyeru pengosongan semua penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (21 Nov) memberi amaran mengenai keadaan yang semakin meruncing di Tebing Barat, melaporkan peningkatan keganasan yang menyebabkan orang awam Palestin berdepan angka korban yang semakin meningkat, pemindahan paksa dan rasa tidak selamat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Berhubung situasi di Tebing Barat, rakan-rakan pertubuhan kemanusiaan kami memberi amaran bahawa tahap keganasan di sana kekal amat membimbangkan dengan angka korban, kerosakan harta benda, pemindahan paksa, kehilangan mata pencarian serta rasa tidak selamat yang meningkat dalam kalangan orang awam Palestin,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada para wartawan.

Pada minggu ini, kata Encik Dujarric, jumlah kanak-kanak Palestin yang terkorban pada 2025 sudah meningkat kepada 50 orang.

“Secara keseluruhannya, lebih 200 rakyat Palestin kini telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Dalam tempoh hanya seminggu, menurut Encik Dujarric, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendokumentasikan 29 serangan oleh peneroka haram Israel yang menyalahi undang-undang, mengakibatkan 11 kecederaan serta merosakkan 10 rumah, dua masjid, lebih 10 kenderaan dan pelbagai aset pertanian.

“Kami terus menggesa perlindungan bagi orang awam - termasuk penguatkuasaan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melakukan serangan - serta penggunaan kekerasan membawa maut oleh pasukan keselamatan dengan pematuhan ketat kepada piawai penguatkuasaan undang-undang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Taktik seperti perang tidak boleh diterima sebagai perkara biasa yang baharu (di Tebing Barat)," katanya lagi.

Ditanya mengenai rancangan Israel untuk merampas sebahagian besar tapak bersejarah utama di Tebing Barat iaitu Sebastia, Encik Dujarric berkata PBB telah melihat laporan media mengenai rancangan tersebut.

“Saya fikir kami telah amat jelas dalam penegasan kami menentang tindakan merampas tanah seperti ini,” tambahnya.

Tentera Israel meningkatkan serangan di Tebing Barat sejak tercetusnya serangan Israel di Carikan Gaza pada Oktober 2023.

Lebih 1,076 rakyat Palestin maut dan 10,700 lagi cedera akibat serangan tentera dan peneroka haram Israel di wilayah yang diduduki itu. Lebih 20,500 orang turut ditahan.

Dalam nasihat bersejarah pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menyeru pengosongan semua penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita