Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedutaan Ukraine terima 'bungkusan berdarah', kandungi mata haiwan

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV/MADRID: Kedutaan Ukraine di Madrid menerima sebuah bungkusan mengandungi mata haiwan pada Jumaat (2 Dis) dalam siri terbaru "bungkusan berdarah" serupa yang dihantarkan kepada misi diplomatik kedutaan itu di seluruh Eropah.

Demikian menurut pegawai Ukraine dan Sepanyol.

Polis mengepung pekarangan di ibu kota Sepanyol itu dan memulakan siasatan ke atas tapak kejadian dengan bantuan anjing penghidu.

Bungkusan itu direndam dalam cecair dengan warna dan bau yang tersendiri, dihantar ke kedutaan di Hungary, Belanda, Poland, Croatia dan Itali ke konsulat am di Naples dan Krakow dan konsulat di Brno, kata jurucakap Kementerian luar Ukraine, Oleg Nikolenko.

"Kami sedang mengkaji maksud mesej ini," tulis Encik Nikolenko dalam satu kenyataan di Facebook, sambil menambah bahawa Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba sudah mengarahkan semua kedutaan dan konsulat berkenaan diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang dipertingkatkan.

Enam bom surat dihantar dalam minggu-minggu kebelakangan ini kepada alamat di Sepanyol, termasuk kedutaan Ukraine di Madrid, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Madrid dan mendorong Sepanyol meningkatkan keselamatan.

Encik Nikolenko berkata pintu masuk ke flat duta ke Vatican juga dirosakkan dan kedutaan di Kazakhstan menerima ancaman bom yang kemudiannya disahkan bukan bom.

Kedutaan di Amerika Syarikat menerima surat yang mengandungi barang yang mengkritik Ukraine, kata beliau.

Surat itu, seperti kebanyakan yang lain, berasal dari satu negara Eropah, katanya, tanpa memberikan butiran lanjut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan