Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedutaan Malaysia di Sweden keluarkan amaran perjalanan susuli rentetan insiden bakar al-Quran

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu sebagai tindak balas terhadap peningkatan amaran keganasan ke tahap kedua tertinggi baru-baru ini.

Keputusan itu menyusuli rentetan penghinaan umum terhadap al-Quran, yang telah mencetuskan bantahan di pelbagai negara Islam dan ancaman daripada kumpulan militan.
Kedutaan Malaysia melalui nasihat yang disediakan dalam akaun X, menasihatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada sepanjang masa. Sekiranya berlaku kecemasan, individu digesa untuk menghubungi talian 112 untuk mendapatkan bantuan.

"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Stockholm bagi memudahkan perkhidmatan komunikasi dan konsular," katanya.

Kedutaan Malaysia di Stockholm boleh dihubungi di talian berikut: Alamat: Karlavagen 37, 114 31 Stockholm, Sweden, Telefon: + 46 8440 8400/+46 73 536 9152 atau Emel: mwstockholm [at] kln.gov.my.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Perkhidmatan Keselamatan Sweden, yang dikenali sebagai SAPO, menaikkan "tahap ancaman keganasan" ke peringkat tinggi iaitu keempat daripada lima tahap, buat kali pertama sejak 2016.

Tindakan itu mencerminkan kebimbangan Sweden terhadap pembakaran al-Quran secara berulang pada tahun ini oleh segelintir aktivis anti-Islam yang menjadikan negara Scandinavia itu sebagai sasaran utama pelampau Islam.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan