Kedutaan China anggap arahan AS tutup konsulat di Houston sebagai 'provokasi politik'
Arahan pemerintah Amerika Syarikat (AS) supaya menutup Konsulat China di Houston disifatkan sebagai "provokasi politik" serta "tindakan keterlaluan dan tidak adil yang boleh mensabotaj hubungan kedua-dua negara", lapor agensi berita Xinhua.
Gambar fail bendera Amerika Syarikat dengan China. (Gambar: AFP/Greg Baker)
WASHINGTON: Arahan pemerintah Amerika Syarikat (AS) supaya menutup Konsulat China di Houston disifatkan sebagai "provokasi politik" serta "tindakan keterlaluan dan tidak adil yang boleh mensabotaj hubungan kedua-dua negara", lapor agensi berita Xinhua.
"Amerika Syarikat tiba-tiba menuntut Konsulat China di Houston menghentikan semua operasi dalam waktu yang singkat.
"Ini adalah provokasi politik dibuat secara sepihak oleh Amerika Syarikat, melanggar undang-undang antarabangsa, norma asas hubungan antarabangsa dan perjanjian dua hala konsular antara China dengan Amerika Syarikat," Xinhua memetik kenyataan Kedutaan China di negara itu.
"China mengutuk sekeras-kerasnya serta menentang tindakan yang keterlaluan dan tidak adil untuk mensabotaj hubungan China-Amerika Syarikat," menurut kedutaan itu. Ia menambah China komited dengan prinsip tidak campur tangan urusan dalaman negara lain.
Selama bertahun-tahun, misi diplomatik China di Amerika Syarikat termasuk Konsulat di Houston sudah menjalankan tugas selaras dengan Konvensyen Vienna dan komited mempromosikan pertukaran China-Amerika Syarikat. Ini selain bekerjasama untuk mengukuhkan persefahaman serta jalinan persahabatan.
"Tuduhan Amerika Syarikat adalah penipuan tidak berasas sama sekali dan alasan yang digunakan langsung tidak masuk akal serta tidak dapat diterima. Jika bagi pihak Amerika Syarikat ia sebagai usaha untuk menyerang China, itu tidak boleh dijadikan alasan," jelas kenyataan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.