Skip to main content

Dunia

Kedudukan M'sia dalam Indeks Persepsi Rasuah merosot, dipengaruhi pelbagai faktor penilaian

Anggaran Waktu Membaca:
Kedudukan M'sia dalam Indeks Persepsi Rasuah merosot, dipengaruhi pelbagai faktor penilaian

Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia, Akhbar Satar. (Gambar fail: Agensi berita)

KUALA LUMPUR: Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah (CPI) bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam Malaysia, namun ia membabitkan faktor sosio-ekonomi dan politik.

Menurut Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia, Akhbar Satar, penilaian itu turut tertumpu kepada senario dalam sesebuah negara itu, sama ada (dalam kalangan) ahli politik ada yang dipercayai menyalahgunakan kuasa.

“Salah satu soalan juga yang ditanya adakah ahli politik melakukan rasuah dan sebagainya atau menggunakan duit sama ada sumbangan politik untuk parti sendiri atau tidak.” jelasnya dalam program Pantau Kerajaan Baru, terbitan Astro AWANI pada Selasa (31 Jan).

Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara.
Presiden TI-Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, pada tahun 2019 Malaysia berada di tangga ke 53, skor negara jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun lepas.

Tambahnya, kestabilan sosio-ekonomi dan politik juga memainkan peranan utama dalam mempengaruhi indeks yang akan digunakan dalam menentukan kedudukan ranking sesebuah negara.

Dalam masa yang sama, jelasnya, penilaian yang dibuat turut melibatkan mereka daripada individu atau di kalangan professional yang kebanyakkanya dari luar.

“Kebiasaannya, mereka ini daripada luar yang duduk di sini dan penilaian juga dilaksanakan oleh golongan-golongan professional."

“Kebiasaannya, golongan-golongan ini lebih melihat kepada keadaan politik sama ada, mereka suka atau tidak terhadap seseorang pemimpin, ini juga memainkan peranan," tambahnya, dipetik daripada Astro Awani.

Menurut Encik Akhbar, keadaan semasa ekonomi dan politik negara ketika ini, harus diakui tidak begitu kukuh.

Pergolakan yang berlaku juga tidak mustahil turut mempengaruhi pemberian markah yang lebih rendah terhadap skor CPI, tambahnya, lapor Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita