Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan bincang agenda hala tuju BERSATU
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Pekarangan kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan pada Sabtu (14 Feb) berikutan parti itu mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti tersebut.
Notis mesyuarat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Mohamed Azmin Ali pada Jumaat (13 Feb).
Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman mantan Perdana Menteri itu seawal pukul 9.00 pagi.
Setakat ini, belum ada kelibat mana-mana pemimpin BERSATU terakam kamera, namun para wartawan percaya ada antaranya sudah memasuki premis Encik Muhyiddin lebih awal.
Terbaharu pada Jumaat (13 Feb), Lembaga Disiplin BERSATU mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden Hamzah Zainudin.
Pemakluman itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sehinggakan ramai mendakwa BERSATU semakin goyah.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.