Kediaman berjenama Mercedes-Benz pertama di dunia akan dibina di Dubai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mercedes-Benz)
DUBAI: Mercedes-Benz mengumumkan Mercedes-Benz Places pada Disember 2023, usaha niaga hartanah pertamanya dengan kerjasama pemaju mewah Amiriah Arab Bersatu (UAE), Binghatti.
Ini merupakan trend yang semakin berkembang, di mana jenama automotif menambah perniagaan baharu kepada aset mereka. Iaitu untuk mereka rumah-rumah mewah.
Pencakar langit 65 tingkat berjenama Mercedes-Benz itu akan berdiri setinggi 1,118 kaki di pusat bandar Dubai, berhampiran beberapa mercu tanda bandar yang paling menonjol, termasuk Dubai Mall dan Muzium Masa Depan apabila ia selesai dibina pada tarikh yang belum ditentukan.
Ia juga akan menawarkan pemandangan Burj Khalifa tidak berhalangan, kata pemajunya.
“Mercedes-Benz Places di Dubai bukan hanya pembangunan hartanah, ia juga akan meletakkan masyarakat dan pergerakan sebagai terasnya, dan menetapkan penanda aras baharu untuk kehidupan pintar," kata CEO BingGhatti Muhammad BinGhatti dalam satu kenyataan.
Berdasarkan lukisan awal, nampaknya bayang luaran menara moden itu akan menampilkan lambang Mercedes-Benz tiga mata
Penduduk boleh berharap untuk menetap bersama teknologi rumah pintar, penyelesaian pergerakan pintar dan penampilan yang mewah.
"Dengan Mercedes-Benz Places di Dubai, kami melangkah lebih dari automotif untuk mencipta detik yang cemerlang bagi jenama," kata Britta Seeger, ahli Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group AG.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.