Skip to main content

Dunia

Kedai roti di Perancis meletup; ramai dipindahkan

Satu letupan kuat berlaku di sebuah kedai roti di ibu kota Perancis pagi tadi (12 Jan). Letupan itu mengakibatkan beberapa orang cedera dan banyak tingkap pecah, dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jan 2019 08:12PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 11:46PM

PARIS: Satu letupan kuat berlaku di sebuah kedai roti di ibu kota Perancis pagi tadi (12 Jan). Letupan itu mengakibatkan beberapa orang cedera dan banyak tingkap pecah, dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Sekitar 200 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang tercetus selepas letupan berlaku. Orang ramai dari bangunan-bangunan berdekatan turut dipindahkan, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner kepada pihak media di tempat kejadian.

Polis menutup jalan di depan panggung wayang Opera sedang dua helikopter kecemasan mendarat. Helikopter-helikopter itu dikerahkan untuk memindahkan para mangsa.

"Kesan letupan teruk," kata Encik Castaner, sambil menambah bahawa 100 pegawai polis menutup beberapa jalan di kawasan yang sering dikunjungi para pelancong kerana menempatkan banyak restoran dan daya tarikan seperti Muzium Lilin Musee Grevin dan Rue des Martyrs.

Letupan belaku pada sekitar 9.00 pagi (waktu tempatan). Ia cukup kuat sehingga menggegarkan beberapa bangunan ratusan meter jauhnya. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita