Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai roti canai di Kelantan laris meskipun digenangi air banjir

Meskipun premis kedai digenangi air sedalam kira-kira 0.2 meter menyusuli banjir yang berlaku sejak Sabtu (19 Dis), sebuah kedai roti canai di pekan Rantau Panjang tetap beroperasi seperti biasa, menjual roti canai kepada para pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai roti canai di Kelantan laris meskipun digenangi air banjir

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 20 Dec 2020 09:54PM Dikemas Kini : 20 Dec 2020 09:57PM

PASIR MAS: Meskipun premis kedai digenangi air sedalam kira-kira 0.2 meter menyusuli banjir yang berlaku sejak Sabtu (19 Dis), sebuah kedai roti canai di pekan Rantau Panjang tetap beroperasi seperti biasa, menjual roti canai kepada para pelanggan.

Menurut pemilik gerai, Mohd Fadhil Mat Zain, 45 tahun, perkara itu adalah 'satu kebiasaan' bagi para penduduk di situ.

Menurutnya, suasana berniaga ketika banjir menjadi pengalaman pertama kepada beliau serta isterinya memandangkan baru sebulan menjalankan perniagaan di pekan itu.

"Mahu tidak mahu ini punca pendapatan saya berniaga roti canai dan masakan panas," katanya ketika ditemui di kedainya pada Ahad (20 Dis).

(Gambar: BERNAMA)

Tinjauan wartawan ke kedai terbabit di Kampung Cabang Tiga juga mendapati bahawa para pelanggan juga duduk di bangku sambil merendam kaki di dalam air yang mengalir laju seolah-olah tiada apa berlaku, sekali gus memberi suatu suasana yang menarik.

Encik Mohd Fadli berkata dengan meneruskan perniagaannya, beliau mendapat rezeki tambahan apabila ramai yang mengunjungi gerainya berikutan orang dari luar Rantau Panjang datang ke kawasan berkenaan kerana ingin melihat keadaan banjir.

(Gambar: BERNAMA)

"Walaupun berniaga dalam suasana banjir, namun beliau masih lagi mengambil berat Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19. Penduduk di sini sudah terbiasa dengan suasana banjir seumpama ini setiap tahun," katanya yang mendapat hasil jaualan RM200 (S$65) sehingga RM300 (S$98) sehari berbanding hari biasa RM100 (S$32) sehingga RM200 (S$65) sehari.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/HZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan