Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai makan JB diarah tutup; tahap kebersihan tidak memuaskan

Sebuah kedai makan di daerah Johor Bahru diarah tutup setelah pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendapati tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan berikutan isu tular yang mengaitkan kedai berkenaan dengan kes keracunan makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai makan JB diarah tutup; tahap kebersihan tidak memuaskan

Sebuah kedai makan di Malaysia (Gambar hiasan: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai makan di daerah Johor Bahru diarah tutup setelah pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendapati tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan berikutan isu tular yang mengaitkan kedai berkenaan dengan kes keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata sebelum ini, pihaknya menyiasat kes keracunan itu ekoran dakwaan berhubung keracunan makanan semalam (15 Mei) setelah seorang pelanggan makan roti di kedai makan tersebut.

Selain itu, menurut beliau, tiga notis turut dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 atas kesalahan melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. 

“Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru masih melakukan pengesanan kes keracunan makanan secara aktif yang berkaitan kejadian ini dari kemudahan kesihatan swasta dan kerajaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko keracunan makanan dengan memilih kedai makan yang mempunyai tahap kebersihan memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati masyarakat agar mengamalkan “lihat, hidu dan rasa” sebelum makan untuk mengelakkan keracunan makanan selain mengenal pasti gejala keracunan makanan seperti sakit perut, muntah serta cirit-birit bagi mendapatkan rawatan segera.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan