Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai gunting rambut di M'sia disiasat dipercayai kenakan bayaran berlebihan kepada pelancong

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Malaysia akan menyiasat dakwaan pelancong asing yang dipercayai dikenakan bayaran RM120 (S$36) di sebuah kedai gunting rambut di sekitar Bukit Bintang.

Menteri berkenaan, Salahuddin Ayub, berkata sekiranya dakwaan itu benar, tindakan tegas akan diambil terhadap tukang gunting rambut terbabit memandangkan perkara berkenaan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Kita sentiasa memberikan nasihat berterusan supaya setiap peniaga mesti patuh dan memastikan servis yang diberikan sama ada kepada rakyat atau pelancong dari luar mestilah berpatutan, jangan mengenakan caj atau ambil peluang meraih keuntungan melampau," katanya kepada wartawan pada Selasa (12 Apr).

Insiden itu tular selepas pasangan dipercayai dari England memuat naik video selama dua minit 15 saat ke TikTok, memaparkan pertikaman lidah antara mereka dengan seorang tukang gunting warga asing selepas dikenakan bayaran RM120 (S$36) untuk khidmat potong rambut.

 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan