Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai buku online Book Depository henti operasi pada 26 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai buku online Book Depository henti operasi pada 26 Apr

Tangkapan skrin daripada laman Book Depository.

SINGAPURA: Kedai buku online popular Book Depository mengumumkan pada Selasa (4 Apr) bahawa ia akan menghentikan operasinya pada 26 April.

Pelanggan masih boleh membuat pesanan sehingga 26 April pada 7.00 malam waktu tempatan, menurut laman penjual buku yang berpangkalan di United Kingdom itu.

Book Depository akan terus menghantar dan menyediakan sokongan bagi pesanan yang dibuat sehingga 23 Jun.

Diasaskan pada 2004 oleh Stuart Felton dan bekas pekerja Amazon Andrew Crawford, mempunyai sejumlah besar pengikut yang tertarik dengan lebih 20 juta buku yang ditawarkan, serta khidmat penghantaran percuma ke lebih 120 negara termasuk Singapura.

Penutupan Book Depository itu diumumkan menyusuli satu siri pemberhentian kerja oleh syarikat induknya Amazon dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Sekitar 27,000 pekerjaan juga ditiadakan daripada syarikat gergasi teknologi tersebut, yang mempunyai kira-kira 300,000 pekerja.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan