Skip to main content

Dunia

Kedah umum cuti peristiwa pada 30 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan Kedah pada Rabu (26 Mac) mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Cuti Pelepasan Am sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedah umum cuti peristiwa pada 30 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar: BERNAMA)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah pada Rabu (26 Mac) mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Cuti Pelepasan Am sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata keputusan mengenai cuti itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan di Wisma Darul Aman hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata bayaran bantuan khas RM1,000 (S$300.93) telah dikreditkan kepada 5,600 penjawat awam di negeri berkenaan bersempena Aidilfitri.

“…bonus raya RM1,000 itu telah dikreditkan kepada penjawat awam negeri yang disekalikan dengan bayaran gaji bulan ini (Mac) dan ia melibatkan jumlah keseluruhan RM5.6 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada November tahun lalu Muhammad Sanusi mengumumkan bantuan khas RM2,000 (S$601.87) kepada penjawat awam di Kedah yang akan disalurkan pada bulan Mac sempena Aidilfitri dan seterusnya pada Jun tahun sama.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita