Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedah, Negeri Sembilan catat cuaca panas tahap waspada

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik ke Facebook jabatan itu pada Isnin (1 Mei), dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat pukul 4.20 petang Isnin.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, kawasan lain di Semenanjung serta seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius (tahap biru).

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda kebanyakan kawasan di Semenanjung diramal tidak akan berpanjangan dan menasihati orang awam terutama mereka yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati ketika cuaca panas.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan