Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kecoh di Hari Raya: Datuk serba tidak kena urus lima bayi serentak

Anggaran Waktu Membaca:
Kecoh di Hari Raya: Datuk serba tidak kena urus lima bayi serentak

(Gambar: Petikan skrin video/TikTok)

PAHANG: Musim Hari Raya pastinya meriah dengan kehadiran saudara-mara, ipar duai dan cucu cicit yang datang berkunjung ke rumah.

Namun bagi seorang lelaki warga emas ini, kemeriahan Lebaran turut disulami kekecohan apabila beliau secara serentak cuba menidurkan lima orang cucu - sepasang bayi kembar dan juga bayi kembar tiga.

Menurut laporan mStar, bapa kepada bayi kembar tiga berusia 11 bulan itu, Syed Mohd Faiz Syed Nasir, lelaki yang bernama Tok Aki itu adalah bapa saudaranya yang juga dikurniakan dengan cucu kembar berusia tiga bulan.
Video tersebut, kata beliau, juga dirakam semasa mereka berkunjung ke rumah Tok Aki di Simpang Pulai di Pahang , sempena Hari Raya baru-baru ini.

"Setiap kali Raya, saya akan ke rumah Tok Aki. Dia jaga cucu kembarnya sejak lahir. Dan malam Hari Raya itu saya bawa lagi bayi kembar tiga.

"Memang terkejut Tok Aki apabila melayan lima bayi serentak. Tok Aki memang rajin menjaga cucu-cucu, dia juga penyayang," ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.

Encik Faiz juga akur bahawa ia agak mencabar untuk menidurkan kembar tiganya kerana masing-masing sudah pandai meniarap, menurut mStar.

"Pergerakan mereka agak cepat, menyebabkan sesiapa sahaja akan terkejar-kejar untuk menenangkan mereka. Tambahan pula, cucu kembar dua pula baru bangun daripada tidur.

"Anak-anak saya (kembar tiga) pula terjaga daripada tidur di ruang tamu. Jadi, memang riuh masa itu, meriah kampung!" kata Encik Faiz.

Peniaga air balang itu juga menyifatkan bapa saudaranya sebagai seorang yang sangat mesra dengan kanak-kanak.

"Alhamdulillah dengan adanya Tok Aki masa itu, dapat meringankan sikit beban kami untuk berehat sekejap selepas beraya sepanjang hari.

"Mungkin sudah biasa menjaga cucu kembar, ternyata Tok Aki dapat melayan anak-anak saya bayi kembar tiga dengan baik," kata Encik Faiz lagi.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan