Kecewa perkembangan politik semasa, Agong tiada pilihan kecuali setuju bubar Parlimen M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
KUALA LUMPUR: Biar pun kecewa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiada pilihan lain selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (10 Okt), Pengelola Bijaya Diraja Malaysia, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula pukul 12.00 tengah hari pada Ahad (9 Okt), Perdana Menteri Malaysia itu mengemukakan permintaan untuk urusan tersebut, seperti dinukil daripada Astro AWANI.
Setelah memperhalusi permintaan tersebut, beliau berkata, Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa pada Isnin (10 Okt).

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan YAB Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.
“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022,” katanya lagi.
Awal hari ini (10 Okt) Encik Ismail Sabri Perdana Menteri, mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan, lapor Astro AWANI.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri pada Perutusan Khas yang disiarkan dari bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 3.00 petang.
Dalam perutusannya, Encik Ismail berkata beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, pada tengah hari Ahad (9 Okt) bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen Malaysia.
Dalam pada itu Encik Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat, secara keseluruhannya, lapor Astro AWANI.
“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir,” katanya lagi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.