Skip to main content

Dunia

AS kecam putera mahkota Saudi tapi elak perpecahan hubungan

Keputusan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk tidak mengenakan sekatan terhadap putera mahkota Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi mengecewakan golongan prosekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
AS kecam putera mahkota Saudi tapi elak perpecahan hubungan

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Feb 2021 06:22PM Dikemas Kini : 28 Feb 2021 06:25PM

RIYADH: Keputusan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk tidak mengenakan sekatan terhadap putera mahkota Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi mengecewakan golongan prosekatan.

Washington mengambil keputusan itu demi mengelakkan sebarang perpecahan hubungan diplomatik dengan Riyadh.

Negara adikuasa itu pada Jumaat mengeluarkan laporan perisikan yang lama tertangguh. Laporan itu menuduh Putera Mahkota Mohammed bin Salman meluluskan pembunuhan Khashoggi pada 2018 di Istanbul.

Dalam reaksinya Arab Saudi menyelar dan menolak keras penilaian itu.

Kecaman terbuka terhadap putera mahkota itu bersama dengan sekatan Amerika Syarikat terhadap puluhan pegawai Saudi menandakan peralihan ketara daripada dasar bekas presiden Donald Trump, yang berusaha melindungi putera Saudi itu.

Pun begitu Washington tidak menjatuhkan sekatan langsung terhadap Putera Mohammed, dengan Setiausaha Negara Antony Blinken menjelaskan bahawa Encik Biden ingin "membuat penyesuaian" tetapi tidak "memecahkan" hubungannya dengan Riyadh, rakan lama di Timur Tengah.

"Ini bukan hukuman ke atas Saudi yang ramai harapkan," kata Varsha Koduvayur, seorang penganalisis penyelidikan di Yayasan Pertahanan Demokrasi, sebuah badan pemikir Washington yang menyokong dasar luar agresif.

Ini menunjukkan "Sikap keseluruhan (Presiden) Biden terhadap Saudi: Mengutamakan nilai di tengah-tengah dasar luar Amerika Syarikat, menekankan hak asasi manusia, dan membalikkan pendekatan urus niaga selama empat tahun terakhir (di bawah Presiden Trump) - sambil memelihara hubungan," tambah Cik Koduvayur.

Encik Biden berkata pada Sabtu bahawa pentadbirannya akan membuat pengumuman mengenai Arab Saudi pada Isnin "mengenai apa yang akan kita lakukan dengan Arab Saudi secara umumnya". 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita