Kebuntuan politik Thailand berlarutan, undian PM ditangguh sekali lagi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Athit Perawongmetha/Reuters)
BANGKOK: Undian ketiga bagi memilih Perdana Menteri Thailand yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.
Pengundian itu dibuat berikutan usaha pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat, untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri gagal pada 13 dan 19 Julai.
Bagaimanapun, pada Isnin Pejabat Ombudsman Thailand memfailkan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan pengundian sehingga mahkamah memutuskan perkara itu.
Encik Wan Muhamad Noor berkata penangguhan itu selepas berunding dengan pegawai undang-undang dan penasihatnya berikutan ketidaktentuan undang-undang.
Media tempatan melaporkan bahawa persidangan serentak kedua-dua dewan untuk pengundian perdana menteri mungkin dimasukkan semula ke dalam agenda Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Ketika kebuntuan politik berlarutan lebih dua bulan selepas Pilihan Raya Umum pada 14 Mei, Thailand masih belum memilih perdana menteri yang baharu.
Pheu Thai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu dengan 141 kerusi, kini mengetuai gabungan lapan parti dalam usaha membentuk kerajaan.
Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab itu selepas Encik Pita gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi pada 13 Julai untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.
Undian enam hari kemudian memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, menamatkan usaha Encik Pita untuk menjadi perdana menteri.
Pada 19 Julai, Mahkamah Perlembagaan memerintahkan penggantungan sementara Encik Pita sebagai Ahli Parlimen.

Sumber : Bernama/AW/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.