Kebocoran paip bawah tanah disahkan punca runtuhan di Kuala Lumpur
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) disahkan berpunca daripada kebocoran paip air bawah tanah.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata siasatan Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kebocoran paip itu telah menyebabkan ketepuan tanah yang tinggi sehingga mengakibatkan runtuhan berlaku.

“Hasil siasatan awal ini mendapati terdapat kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air di kawasan terlibat.
“Kebocoran paip pada sistem perpaipan telah menyebabkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi seterusnya meningkatkan ‘lateral force’ pada tembok penahan sedia ada daripada jenis Contiguous Micropile.
“Sebahagian tembok penahan tersebut telah runtuh bersama-sama dengan tanah cerun,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu (26 Apr), lapor agensi berita Astro Awani.
Tambah Encik Alexander, taburan hujan juga merekodkan bacaan tinggi beberapa hari sebelum kejadian berlaku.
“Taburan hujan di Stesen Sentul untuk 4 hari dari 21 April 2023 hingga 24 April 2023 juga mencatatkan bacaan yang tinggi antara 16.0 mm hingga 47.5 mm.
“Semasa kejadian cuaca adalah baik dan tiada hujan langsung,” katanya lagi, dipetik Astro Awani.
Ketika ini, JKR tambahnya, memerlukan lukisan terbina struktur tembok penahan sedia ada daripada pemilik bangunan untuk membuat semakan dan siasatan lanjut.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan tapak akan bermula petang Rabu melalui kontraktor yang dilantik serta pemasangan 'tarpaulin sheet' di kawasan cerun tinggi bagi mengelak resapan air hujan terus ke tanah.
“Kerja-kerja pemasangan tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dijangka akan dipasang bermula 27 April,” katanya lagi, menurut Astro Awani.
Pada Selasa (25 Apr), dilaporkan seramai 76 petugas MACA dan IIM dipindahkan selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.
Kejadian yang melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM itu turut meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 kali 36.57 meter persegi.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.