Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebimbangan penularan COVID-19 akan meningkat lagi selepas China longgarkan sekatan

Anggaran Waktu Membaca:
Kebimbangan penularan COVID-19 akan meningkat lagi selepas China longgarkan sekatan

(Gambar: Hector RETAMAL / AFP)

BEIJING: Sedang ramai rakyat China gembira dapat kebebasan semula pada Khamis (8 Dis) selepas negara itu mengugurkan beberapa bahagian penting dalam rejim sifar COVID-19 yang ketat, kebimbangan semakin meningkat bahawa jangkitan virus yang sebahagian besarnya sudah terkawal akan merebak tidak lama lagi.

Tiga tahun selepas pandemik bermula, ramai penduduk China tidak sabar untuk Beijing menyelaraskan langkah pencegahan virus tegar mereka dengan seluruh dunia, yang sebahagian besarnya sudah dibuka semula dalam usaha untuk hidup bersama COVID-19.

Kemarahan memuncak dan berubah menjadi satu bantahan besar-besaran pada bulan lepas, rasa tidak puas hati yang terbesar orang ramai yang tidak berpuas hati sejak Presiden China, Xi Jinping berkuasa pada 2012.
Tanpa menyatakan sama ada ia sebagai tindak balas kepada bantahan tersebut, beberapa bandar dan wilayah mula melonggarkan kawalan COVID-19 dalam langkah yang menandakan pelonggaran peraturan di seluruh negara yang diumumkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) pada Rabu (7 Dis)

NHC menyatakan orang yang dijangkiti dengan gejala ringan kini boleh dikuarantin di rumah dan ujian dan pemeriksaan status kesihatan pada aplikasi mudah alih untuk pelbagai aktiviti termasuk melancong ke seluruh negara tidak lagi diperlukan.
Penjualan tiket untuk ke tempat pelancongan dan riadah domestik melonjak naik, menurut akhbar negara, sedang beberapa orang menggunakan media sosial untuk mendedahkan mereka telah diuji positif COVID-19, sesuatu yang membawa stigma berat di China sebelum ini.

Namun, ada ramai yang kekal berwaspada.

"Saya tahu COVID-19 tidak begitu 'mengerikan' sekarang namun ia masih menular dan membawa padah," kata seorang pengguna Weibo.

"Rasa takut tidak akan terhapus begitu sahaja".

Sesetengah pengilang dan restoran yang berminat untuk terus beroperasi di China mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengekalkan sekatan COVID-19 sehingga mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana tempat kerja akan dipengaruhi oleh pelonggaran langkah keselamatan yang ketat.

China melaporkan 21,165 jangkitan COVID-19 tempatan baru pada 7 Disember, turun daripada hari sebelumnya dan di bawah paras tertinggi 40,052 kes tempatan pada 27 November.

Bilangan kes semakin merosot baru-baru ini apabila pihak berkuasa di seluruh negara memansuhkan keperluan ujian.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan