Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebimbangan COVID-19 berkurangan, Aidilfitri disambut meriah umat Islam di M'sia, Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Umat Islam di Indonesia dan Malaysia menyambut Aidilfitri tahun ini dengan penuh kesyukuran selepas kebanyakan sekatan COVID-19 telah dilonggarkan secara berperingkat.

Di Indonesia, ratusan jemaah berkumpul untuk solat sunat Aidilfitri di bandar pelabuhan bersejarah, Sunda Kelapa di Jakarta Utara.

"Saya gembira sekali kerana kami bebas (dari sekatan COVID-19) sekarang," kata Laila, 35 tahun.

Seorang lagi jemaah, Adit Chandra, 30 tahun, berkata: "Saya harap keadaan akan bertambah baik bermula sekarang dan kami boleh berkumpul bersama keluarga kami selepas tiga tahun tidak boleh pulang ke kampung."

Encik Chandra adalah di antara lebih dari 120 juta warga Indonesia, iaitu hampir separuh daripada jumlah penduduk negara itu, yang merancang untuk mudik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Di Malaysia pula, jemaah juga tidak sabar untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga mereka.

"Kami boleh menziarahi saudara mara, tanpa rasa ragu-ragu... ketika pandemik, kami amat berhati-hati," kata Khairul Soryati, 39 tahun, yang menetap di Kuala Lumpur.

Muhd Nur Afham, 31 tahun, yang bekerja di Singapura berkata akhirnya dia dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Malaysia tahun ini, selepas tidak pulang ke Malaysia semasa pandemik.

"Saya bersyukur dapat bertemu keluarga saya ... dulu kami hanya dapat bertemu melalui panggilan video sahaja," tambahnya.

Pihak berkuasa di kedua-dua negara bagaimanapun, menggesa orang ramai supaya berwaspada di tengah-tengah laporan kes COVID-19 yang kian meningkat.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan