Keberanian sangat penting untuk lawan rasuah, kata ketua pencegahan rasuah Malaysia yang akan bersara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Fadza Ishak)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada Selasa (12 Mei), sambil menyatakan bahawa pemimpin penguatkuasa tidak boleh memilih jalan "selamat".
Menurut beliau, memimpin dengan cara begitu adalah seperti tidak melakukan apa-apa kerja.
Encik Azam, yang sudah berkhidmat selama lebih 40 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, berkata keberanian dan kesediaan untuk membuat keputusan sukar tanpa menghiraukan kritikan adalah ciri-ciri yang sangat penting.
"Sepanjang saya berkhidmat, saya cenderung untuk tidak melakukan sesuatu yang 'selamat' kerana saya rasa memimpin dengan cara itu tidak ada gunanya," kata Encik Azam seperti yang dipetik oleh media tempatan, The Vibes, pada Isnin (11 May).
Beliau juga mengakui bahawa beliau tidak mempunyai ramai kawan sejak bekerja di agensi pencegahan rasuah, dan menjadi Ketua Pesuruhjaya hanya menambah lebih ramai musuh.
Encik Azam menekankan bahawa wawasan adalah penting bagi seorang pemimpin; tanpa wawasan, lebih baik tidak memimpin.
Encik Azam mula menyertai Agensi Pencegah Rasuah pada tahun 1984 dan menjadi ketua SPRM sejak 9 Mac 2020. Beliau mempertahankan tindakan SPRM menyiasat tokoh politik berpangkat tinggi, termasuk mantan Perdana Menteri Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.
"Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah lagi kita menyiasat seorang Perdana Menteri yang masih berkhidmat," katanya merujuk kepada siasatan kes Encik Najib pada tahun 2015. "Itulah sebabnya ada pihak yang merasa tidak selesa dengan cara kami. Tetapi prinsip saya mudah: sesiapa yang bersalah mesti didakwa, tidak kira apa jawatan mereka."
Beliau turut menambah bahawa SPRM memerlukan pendekatan yang lebih proaktif dan berdasarkan maklumat risikan, bukannya hanya menunggu aduan awam, terutamanya bagi kes yang melibatkan rangkaian terancang dan individu berprofil tinggi.
Selepas menerima tiga kali pelanjutan kontrak selama setahun sejak 2023, Encik Azam menyatakan beliau sudah bersedia untuk bersara. Beliau menegaskan bahawa keputusan pelanjutan tersebut dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan, bukannya atas kehendak beliau sendiri.
Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan Encik Azam berakhir di tengah-tengah siasatan polis mengenai pemilikan saham peribadinya. Beliau dituduh memiliki saham bernilai kira-kira RM800,000 (S$259,210) dalam sebuah syarikat kewangan, jumlah yang melebihi had RM100,000 (S$32,400) yang dibenarkan untuk penjawat awam.
Selain itu, laporan media antarabangsa mendakwa beliau dan pegawai SPRM membantu kumpulan perniagaan tertentu untuk merampas kawalan syarikat. Encik Azam dan pihak SPRM menafikan semua dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai berniat jahat. Encik Azam juga memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak media berkenaan.
Ekoran kontroversi ini, kerajaan Malaysia berdepan tekanan hebat daripada penunjuk perasaan dan pihak pembangkang untuk menggantikan beliau.
Pada 25 April, kerajaan melantik mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, untuk menggantikan Encik Azam bermula 13 Mei. Ini adalah kali pertama seorang mantan hakim dilantik menerajui SPRM.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.