Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebebasan bersuara ada batasan, kata PM Kanada, Trudeau

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mempertahankan kebabasan bersuara pada Jumaat tetapi menambah bahawa ia "bukannya tanpa had" dan tidak patut "secara sewenang-wenangnya dan tidak wajar menyakiti" masyarakat tertentu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebebasan bersuara ada batasan, kata PM Kanada, Trudeau

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 31 Oct 2020 10:45AM Dikemas Kini : 31 Oct 2020 12:32PM

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mempertahankan hak kebebasan bersuara tetapi menambah bahawa ia "bukanlah tanpa had" dan tidak patut "secara sewenang-wenangnya dan tanpa keperluan menyakiti" masyarakat tertentu.

"Kita akan sentiasa mempertahankan kebebasan berucap," kata Encik Trudeau, ketika menjawab pertanyaan mengenai hak menunjukkan karikatur Nabi Muhammad, seperti yang dilakukan majalah Charlie Hebdo.

"Tetapi kebebasan berucap bukanlah tanpa had. Kita perlu gunakan hak ini untuk mempunyai sikap hormat untuk orang lain dan tidak sewenang-wenangnya atau tanpa tujuan menyakiti sesiapa yang hidup dalam masyarakat atau planet yang sama.

"Contohnya, kita tiada hak untuk tiba-tiba menjerit bahawa wujud kebakaran ketika berada dalam panggung wayang yang dipenuhi orang, justeru had sentiasa ada," katanya.

Mengambil pendirian berbeza daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Encik Trudeau meminta orang ramai untuk menggunakan hak kebebasan berucap dengan berhati-hati.

"Dalam masyarakat majmuk, rencam dan saling menghormati ini, kita mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa berjaga-jaga terhadap setiap perkataan yang digunakan dan tindakan membabitkan orang lain.

"Khususnya terhadap masyarakat dan penduduk yang masih berdepan diskriminasi meluas," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata masyarakat bersedia untuk satu perbahasan awam mengenai isu-isu ini, "bagi mengadakan perbualan rumit ini secara bertangunggjawab."

Mengulangi pendirian ketika menghadiri sidang bersama pemimpin Kesatuan Eropah sehari sebelumnya, Encik Trudeau menegaskan bahawa Kanada mengutuk serangan pelampau di Perancis.

"Ia adalah tindakan yang tidak sepatutnya dan Kanada mengutuk perbuatan sedemikian, sedang kami bersama rakan Perancis kami yang sedang mengharungi waktu getir ini," katanya.

Pada Khamis, Parlimen Kanada memberikan penghormatan terhadap tiga mangsa yang maut akibat ditikam oleh seorang warga Tunisia, di gereja di Nice, selatan Perancis.

Kenyataan Encik Macron yang mempertahankan penerbitan karikatur Nabi Muhammad dalam majalah Charlie Hebdo mencetuskan kemarahan di Timur Tengah.
 

Sumber : AFP/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan