Skip to main content

Dunia

Kebanyakan negeri M'sia dijangka beralih ke fasa akhir Pelan Pemulihan Negara seawal Oktober

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menjangkakan kebanyakan negeri akan dapat beralih ke Fasa Empat, iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal Oktober ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan negeri M'sia dijangka beralih ke fasa akhir Pelan Pemulihan Negara seawal Oktober

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 08:42PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 08:43PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menjangkakan kebanyakan negeri akan dapat beralih ke Fasa Empat, iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal Oktober ini.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat khas parlimen hari ini (26 Jul).

Ini adalah kali pertama parlimen Malaysia bersidang sejak perintah darurat dikuatkuasakan pada Januari lalu bagi membendung penularan COVID-19.

PPN diumumkan pada 15 Jun meliputi empat fasa peralihan.

Peralihan fasa bagi sesebuah negeri dinilai berdasarkan purata bilangan kes harian, penggunaan katil di wad unit rawatan rapi dan peratusan rakyat dewasa yang sudah mendapat vaksinasi lengkap.

Sejauh ini, lapan negeri sudah beralih ke Fasa Dua iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

"Dari semasa ke semasa kerajaan akan
terus memantau keadaan di setiap negeri dengan rapi termasuk mengambil langkah intervensi mengikut keperluan. Di samping itu kerajaan akan tetap melaksanakan penilaian risiko termasuk menilai kesediaan mana mana negeri untuk beralih ke fasa kedua, ketiga dan keempat," kata PM Muhyiddin.

PM Muhyiddin juga berkata kerajaan akan mengumumkan kesinambungan PPN dan perincian langkah-langkah pemulihan ekonomi lain semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 pada 20 September ini dan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober.

"Tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha untuk memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan lancarkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baru global," kata PM Muhyiddin. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita