Skip to main content

Dunia

Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada 30 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada 30 Mac

Gambar hiasan. (Gambar: ANWAR AMRO/AFP)

Diterbitkan : 30 Mar 2025 07:20AM Dikemas Kini : 30 Mar 2025 07:21AM
ISTANBUL: Umat Islam di kebanyakan negara Arab menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan, pada Ahad (30 Mac).

Menurut Anadolu Ajansi (AA), pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar, dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa anak bulan Syawal - bulan ke-10 dalam kalendar Islam kelihatan pada Sabtu, mengesahkan bahawa Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada Ahad.

Pengumuman yang sama juga dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.

Namun, Oman menyatakan negaranya akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, kerana anak bulan tidak kelihatan.

Hari Raya Aidilfitri, yang merupakan sambutan yang menandakan berakhirnya Ramadan, adalah antara satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, dengan satu lagi ialah Hari Raya Aidiladha.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita