'Kebanjiran' warga SG di Johor dialu-alukan Tourism Johor kerana jana limpahan ekonomi
Anggaran Waktu Membaca:
Suasana di bazar Ramadan yang dibuka berdekatan Angsana. (Gambar: BERITA Mediacorp)
ISKANDAR PUTERI: Kebanjiran pelancong warga Singapura berbelanja dan membeli kelengkapan sempena sambutan Aidilfitri di Johor, terutama di bandar raya Johor Bahru pada bulan Ramadan ini, memberikan impak yang positif kepada sektor pelancongan dan menjana limpahan ekonomi.
Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam Abdul Rahim berkata demikian sambil menambah bahawa antara kawasan menjadi tumpuan pelancong dari Singapura termasuk bazar Ramadan, Pasar Borong Pandan, Bandar Baru Uda serta pusat beli belah di sekitar bandar raya itu.
“Kebanjiran pelancong dari Singapura pada tahun ini berbeza berbanding tahun sebelum ini, bazar Ramadan juga tidak kira di mana lokasi, memang ramai sangat orang.
“Apabila ada orang berbelanja di negara kita ia suatu perkara yang bagus dari sudut ekonomi, sebab selepas pandemik COVID-19 melanda peniaga perlu menjana pendapatan, ini juga masa untuk kita bekerja lebih keras tarik mereka melawat tempat menarik dan berbelanja di negeri ini,” katanya dalam satu sidang media selepas melawat produk pelancongan di UMCity Medini Lakeside pada Rabu (3 Apr).
Encik Sharil terdahulu diminta media tempatan untuk mengulas mengenai kebanjiran warga Singapura berbelanja di Johor pada bulan Ramadan.
Sementara itu, orang ramai dinasihati merancang perjalanan untuk berbelanja bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, terutama di sekitar bandar raya Johor Bahru.
“Kesesakan jalan raya ini, di mana-mana pun sesak seperti di Kuala Lumpur atau negeri lain. Jadi, pada saya, aturkan perjalanan terlebih dahulu.
“Bagi warga Singapura, kita faham mereka masuk ke Johor kebiasaannya pada hujung minggu, jadi kita cari waktu lain untuk berbelanja,” katanya.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.