Skip to main content

Dunia

Kebakaran tercetus di stesen kereta api Haramain di Arab Saudi

Kebakaran tercetus di stesen kereta api laju Haramain di Jeddah, Arab Saudi, menurut khidmat pertahanan awam negara itu pada Ahad (29 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran tercetus di stesen kereta api Haramain di Arab Saudi

(Gambar: Petikan skrin Twitter/@sabqor, @al3yan15)

Diterbitkan : 29 Sep 2019 11:17PM Dikemas Kini : 29 Sep 2019 11:20PM

DUBAI: Kebakaran tercetus di stesen kereta api laju Haramain di Jeddah, Arab Saudi, menurut khidmat pertahanan awam negara itu pada Ahad (29 Sep).

Tiada orang dilaporkan cedera setakat ini, menurut pihak berkuasa itu dalam satu catatan di Twitter, sambil menambah pihaknya masih sedang berusaha mengawal kebakaran.

Saluran Al Arabia TV dan catatan Twitter dari daerah Makkah menunjukkan kepulan asap tebal dari bumbung stesen kereta api itu, dengan helikopter kelihatan terbang berdekatan.

Menurut Al Arabiya, kebakaran tercetus pada 12.35 tengah hari waktu tempatan.

Laluan Kereta Api Haramain sepanjang 450 kilometer yang menelan belanja AS$7.3 bilion (S$10.1 bilion) itu dibuka September tahun lalu. Ia menghubungkan dua kota suci Islam, Makkah dan Madinah, dengan Jeddah.

Stesen kereta api itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk merangsang hasil pelancongan sedang negara itu mengurangkan penggantungannya kepada eksport minyak.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita