Kebakaran meletus di Larkin Sentral musnahkan 4 kedai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Empat buah kedai di Terminal Pengangkutan Awam Larkin musnah dalam satu kejadian kebakaran yang dilaporkan berlaku awal pagi Ahad (23 Jul).
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Faiz Suleiman, berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.50 pagi.

Sehubungan itu, kata beliau, seramai 27 pegawai dan anggota beserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian, lapor agensi berita Kosmo.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran tersebut telah menjejaskan empat premis perniagaan melibatkan kedai yang menjual bahan bacaan, bahan kosmetik serta bahan herba tradisional musnah terbakar.
“Kesemua kedai yang berukuran 25 meter persegi itu musnah antara 10 peratus hingga 90 peratus. Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad, menurut Kosmo.
Tambah Encik Mohd. Faiz, selain pegawai dan anggota dari BBP Larkin, operasi pemadaman api yang dijalankan itu turut dibantu BBP Tebrau.
“Kebakaran itu dapat dikawal setakat pukul 8.25 pagi tadi, namun operasi lanjut masih diteruskan,” ujarnya seperti dipetik laporan Kosmo.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.