Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran Los Angeles merebak ke kawasan baharu

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran Los Angeles merebak ke kawasan baharu

(Gambar: AFP/Agustin PAULLIER)

Diterbitkan : 12 Jan 2025 08:44AM Dikemas Kini : 12 Jan 2025 08:54AM
LOS ANGELES: Kebakaran hutan paling besar yang memusnahkan beberapa kawasan Los Angeles minggu ini dilaporkan merubah arah pada Sabtu (11 Jan).

Ia mencetuskan lebih banyak arahan pemindahan dan menyukarkan operasi anggota bomba.

Enam kebakaran yang berlaku pada masa yang sama melanda kawasan Los Angeles County sejak Selasa lalu.

Sekurang-kurangnya sebelas orang maut dan sepuluh ribu bangunan rosak atau musnah. Angka tersebut dijangka meningkat selepas bomba boleh menjalankan pencarian rumah ke rumah.

Angin kencang Santa Ana yang meniup api menjadi reda pada Jumaat (9 Jan) malam. Namun, api di Pacific Palisades di barat bandar itu kini bergerak ke arah baharu, mencetuskan satu lagi arahan pemindahan sedang api merebak ke kawasan perumahan Brentwood dan kaki bukit San Fernando, lapor Los Angeles Times.

"Kebakaran di Palisades mengalami kebakaran baharu yang ketara di bahagian timur dan kini merebak ke timur laut," Kapten Jabatan Bomba LA Erik Scott memberitahu stesen televisyen tempatan KTLA, menurut laporan di laman web LA Times.

Sebelum kebakaran terbaharu berlaku, anggota bomba melaporkan kemajuan dalam mengawal Kebakaran Palisades dan Kebakaran Eaton di kaki bukit timur Los Angels selepas ia terbakar di luar kawalan selama beberapa hari. Pada Jumaat malam, Kebakaran Palisades dikawal sebanyak 8 peratus dan Kebakaran Eaton 3 peratus, dedah Jabatan Perlindungan Hutan dan Kebakaran California .

Kedua-dua kebakaran besar itu sudah memusnahkan 14,100, 2-1/2 kali ganda saiz Manhattan.

Kira-kira 153,000 orang masih berada di bawah arahan pemindahan dan 166,800 lagi berdepan amaran pemindahan, dengan perintah berkurung dilaksanakan untuk semua zon pemindahan, kata Syerif Los Angeles County Robert Luna.

Khidmat Kaji Cuaca menyatakan keadaan di kawasan Los Angeles akan bertambah baik hujung minggu ini, dengan kelajuan angin lebih perlahan pada 32 kilometer sejam.

Jabatan Perlindungan Hutan dan Kebakaran California menyatakan kemungkinan angin kencang akan berlaku sekali lagi pada Selasa (14 Jan).

"Kemungkinan tinggi keadaan cuaca kebakaran kritikal akan berterusan sehingga minggu depan," katanya.

Pegawai mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam disebabkan asap tebal dan toksik.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan