Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran kecil tercetus di Baitulmakdis

Sebuah kebakaran kecil berlaku di pondok pengawal di halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. Namun, kebakaran dapat dipadamkan dan tapak itu kekal dibuka, menurut pihak berkuasa pada Selasa (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran kecil tercetus di Baitulmakdis

Gambar fail pekarangan Masjid Al-Aqsa dipetik pada Mac 2019 (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 08:31AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 08:41AM

BAITULMAKDIS: Sebuah kebakaran kecil berlaku di pondok pengawal di halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. Namun, kebakaran dapat dipadamkan dan tapak itu kekal dibuka, menurut pihak berkuasa pada Selasa (16 Apr).

Kebakaran berlaku pada Isnin malam hampir serentak dengan kebakaran gereja Notre-Dame di Paris.

Polis Israel menyatakan api "segera dipadamkan" dan punca kebakaran sedang disiasat.

Menurut pertubuhan keagamaan Waqf yang menyelenggara tapak itu, kebakaran tersebut merebak ke sebuah bilik pengawal keselamatan yang terletak di atas dewan solat Marwani.

Badan itu menambah kebakaran tercetus akibat beberapa orang belia bermain api.

Baitulmakdis adalah tempat suci bagi para penganut Islam dan juga Yahudi, yang mengenalinya sebagai Temple Mount.

Ia dianggap tempat paling suci agama Yahudi dan tapak ketiga paling suci dalam agama Islam.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan