Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran kasino di sempadan Kemboja-Thailand ragut 7 nyawa, puluhan dirawat di hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran kasino di sempadan Kemboja-Thailand ragut 7 nyawa, puluhan dirawat di hospital

(Gambar: AFP/Lillian Suwanrumpha)

KEMBOJA: Kebakaran yang berlaku semalaman di sebuah kompleks kasino di sebuah bandar sempadan Kemboja meragut tujuh nyawa dan 53 orang cedera serta lapan dilaporkan hilang.

Demikian menurut pihak berkuasa Thailand pada Khamis (29 Dis).

Kebakaran itu berlaku pada tengah malam Rabu (28 Dis) di Grand Diamond City, sebuah kasino dan hotel di bandar Poipet, menurut polis Kemboja. Mereka tidak menyebut mengenai sebarang kematian.

Punca kebakaran masih belum jelas.

Kasino di bandar Poipet terkenal dengan pelawat jangka pendek dari Thailand, di mana perjudian diharamkan dan kasino tidak berlesen beroperasi secara haram.

Sekurang-kurangnya 32 orang dirawat di hospital di wilayah Sa Kaeo di seberang sempadan, menurut Kementerian Kesihatan Thailand. Pihak berkuasa wilayah melaporkan bahawa seorang warga Thailand meninggal dunia di hospital.

Polis Kemboja menyatakan api dapat dikawal dan ratusan anggota tentera, polis dan pasukan penyelamat dikerahkan.
Sumber : Reuters/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan