Kebakaran hutan terus merebak, loji kuasa Turki dikosongkan
Sebuah loji tenaga kuasa dekat Laut Aegean dan kawasan sekitarnya di bandar Milas, barat daya Turki sudah dikosongkan pada Rabu (5 Ogos), berikutan kebakaran hutan yang semakin merebak.
Api kebakaran terus marak di kawasan Hisaronu, Turki, pada 2 Ogos 2021. (Gambar: AP Images)
TURKI: Sebuah loji tenaga kuasa dekat Laut Aegean dan kawasan sekitarnya di bandar Milas, barat daya Turki sudah dikosongkan pada Rabu (5 Ogos), berikutan kebakaran hutan yang semakin merebak.
Kebakaran hutan dilaporkan menghampiri kawasan Loji Tenaga Termal Kemerkoy, selain usaha memadamkan api berdepan kesukaran susulan angin kencang di wilayah tersebut.
Pegawai tempatan sebelum itu melaporkan bahawa tangki hidrogen yang digunakan untuk menyejukkan stesen tersebut sudah dikosongkan dan sebaliknya diisi dengan air sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut mereka, loji kuasa itu beroperasi menggunakan arang batu dan minyak gas.
Beberapa imej yang dikongsi datuk bandar Milas, Muhammet Tokat menunjukkan api sudah merebak menghampiri ke pintu masuk loji tersebut.
Kementerian Pertahanan Turki berkata, kakitangan loji dan penduduk sekitarnya sudah dipindahkan menerusi laluan laut.
Setakat ini, lapan orang terkorban akibat kebakaran hutan yang melanda selatan Turki.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.