Skip to main content

Dunia

Kebakaran hutan, tanah di Riau jejas sekitar 471 hektar; operasi pemadaman diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran hutan, tanah di Riau jejas sekitar 471 hektar; operasi pemadaman diteruskan

Pasukan Manggala Agni Daerah Operasi Rengat menjalankan operasi memadamkan kebakaran di Sungai Guntung Hilir, Rengat, Indragiri Hulu, Riau. (Gambar: ANTARA/HO-Manggala Agni)

Diterbitkan : 23 Aug 2026 05:59PM
  • Pasukan Manggala Agni Daerah Operasi Rengat sedang memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut di Sungai Guntung Hilir dan Kerumutan, Riau.
  • Kebakaran melibatkan ratusan hektar, dengan 471 hektar terjejas di Sungai Guntung Hilir dan hanya 48.2 hektar berjaya dipadamkan setakat ini.
  • Operasi berdepan cabaran seperti sumber air yang jauh, akses sukar, asap tebal serta bahan mudah terbakar yang padat di kawasan terlibat.
  • Ketua operasi Muhammad Sodik menyatakan kebakaran di Kerumutan masih belum dipadam sepenuhnya kerana laluan ke kawasan api belum dibuka sepenuhnya.
Dijana oleh AI
PEKANBARU: Pasukan Manggala Agni Daerah Operasi Rengat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang menjejas ratusan hektar di dua kawasan di wilayah Riau, Indonesia.

Kebakaran itu berlaku di Sungai Guntung Hilir, Rengat, Indragiri Hulu serta Kerumutan di Pelalawan.

Ketua Manggala Agni Daerah Operasi Rengat Muhammad Sodik berkata kawasan yang terbakar di Sungai Guntung Hilir dianggarkan seluas 471 hektar.

Anggaran itu berdasarkan pengiraan menggunakan imej satelit Sentinel-2.

"Kawasan yang berjaya dipadamkan seluas sekitar 48.2 hektar. Keadaan kepala api kini terkawal dan kegiatan tertumpu kepada operasi penyejukan," katanya dalam satu kenyataan yang diterima di Pekanbaru pada Ahad (23 Ogos).

Kebakaran berlaku di kawasan tanah gambut yang diliputi semak samun, tanaman kelapa sawit milik penduduk serta tumbuh-tumbuhan hutan.

Operasi pemadaman berdepan cabaran kerana sumber air terletak sekitar 150 hingga 200 meter dari titik kebakaran.

Para petugas juga perlu berjalan kaki sejauh sekitar satu kilometer untuk sampai ke lokasi operasi.

KEBAKARAN DI KERUMUTAN BELUM DIPADAM SEPENUHNYA

Sementara itu, usaha memadamkan kebakaran di Kerumutan, Pelalawan masih belum selesai dengan banyak kepala api masih aktif di kawasan tanah gambut yang dalam.

Kawasan yang terbakar di situ diliputi semak samun, pokok akasia dan tanaman kelapa sawit milik penduduk.

Menurut Encik Muhammad Sodik, operasi pemadaman berdepan bahan mudah terbakar yang sangat padat dan bertimbun, selain asap tebal dan angin kencang.

Akses ke kawasan kepala api juga masih belum dibuka sepenuhnya.

"Keadaan muka bumi menyukarkan usaha untuk sampai ke kepala api bagi membuka laluan masuk ke lokasi operasi pemadaman," katanya.
Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita