Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Indonesia

Gambar: Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB)

Diterbitkan : 24 Jun 2024 06:56PM Dikemas Kini : 24 Jun 2024 06:57PM
JAKARTA: Kebakaran hutan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 50 hektar tanah di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Jawa Timur sejak 18 Jun lalu, menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

Usaha pemindahan dan langkah perlindungan untuk penduduk berhampiran Gunung Batok di Tosari, daerah Pasuruan berjaya dilaksanakan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kepulan asap masih kelihatan di sebelah barat Gunung Batok, tetapi kebakaran kini terkawal,” kata jurucakap agensi itu Abdul Muhairi dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau mengesahkan tiada titik panas dikesan di Gunung Batok menerusi laman sesawang ‘SiPongi’ yang merupakan sumber utama maklumat kebakaran hutan dan tanah Indonesia.

Pasukan bomba turut giat membuat rondaan di kawasan itu bagi memantau keadaan dan mencegah kemunculan titik panas baharu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat bagi menentukan sama ada punca kebakaran disebabkan manusia atau semula jadi.

Encik Abdul Muhairi berkata api merebak pantas susulan musim kemarau yang berlanjutan, menjejaskan beberapa kawasan termasuk Mororejo, Podokoyo, dan Kandangsari sejak ia bermula sekitar 5.30 petang waktu tempatan.

Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, terdapat pengurangan sebanyak 31 peratus kebakaran hutan dan tanah berbanding 2019.
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan