Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, sekurang-kurangnya lima maut
Anggaran Waktu Membaca:

Anggota bomba cuba mengawal kebakaran di Altadena, California. (Gambar: AP/Ethan Swope)
LOS ANGELES: Kebakaran hutan yang melanda Los Angeles pada Rabu (8 Jan) telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, memusnahkan ratusan bangunan dan mengakibatkan sumber air serta keupayaan pemadam kebakaran berada di tahap kritikal.
Lebih daripada 70,000 penduduk juga diarah berpindah demi keselamatan mereka.
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.

Angin kencang menghalang usaha memadam kebakaran dan menyemarakkan kebakaran, yang telah berkembang tanpa halangan sejak ia bermula pada hari Selasa.
Kekurangan bekalan air juga menghalang usaha memadam api, terutamanya di kawasan Pacific Palisades, sebuah kawasan mewah di persisiran pantai yang telah terbakar hampir 12,000 ekar.
Permintaan air yang tinggi untuk memadam kebakaran di kawasan rendah telah menyebabkan tangki air di kawasan tinggi kehabisan bekalan.

Lebih 1,000 bangunan telah musnah, kata Ketua Bomba Daerah Los Angeles Anthony Marrone pada sidang media pada Rabu, menjadikannya salah satu kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles.
Kawasan Pacific Palisades terkenal sebagai kediaman ramai bintang filem, muzik dan televisyen.
Saiz kebakaran itu meningkat empat kali ganda dari pagi Rabu hingga ke tengah hari.
Sementara itu, kebakaran Eaton, yang berlaku di timur Los Angeles berhampiran Pasadena, telah merebak dengan pantas sejak ia tercetus pada petang Selasa.
Sehingga pagi Rabu, kebakaran ini telah meliputi lebih daripada 10,000 ekar dan menyebabkan dua kematian.

Di kawasan Sylmar, kebakaran hurst telah membakar lebih 500 ekar dan kesemua tiga kebakaran utama ini masih tidak dapat dikawal.
Menurut pihak berkuasa, sumber tenaga kerja juga semakin berkurangan kerana tidak cukup anggota bomba di daerah Los Angeles untuk menangani empat kebakaran besar secara serentak.
Ketua bomba Los Angeles, Kristin Crowley, memberi amaran bahawa angin kencang dijangka berterusan sepanjang hari, menjadikan keadaan masih sangat berbahaya.

Langit di beberapa kawasan Los Angeles merah menyala dan dipenuhi asap tebal.
Gabenor California, Gavin Newsom, telah mengisytiharkan darurat negeri pada Selasa.

Sumber : Agensi berita
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.