Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran hutan Kanada merebak, penduduk diarah berpindah, cetus kebimbangan mutu udara

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran hutan Kanada merebak, penduduk diarah berpindah, cetus kebimbangan mutu udara

Gambar: The Canadian Press/AP

Diterbitkan : 13 May 2024 01:48PM Dikemas Kini : 13 May 2024 01:49PM
TORONTO: Kebakaran hutan besar yang pertama musim ini merebak ke kawasan seluas sekitar 10,000 hektar di seluruh Kanada Barat pada Ahad (12 Mei) mendorong pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah bagi penduduk di British Columbia. Amaran mengenai mutu udara yang buruk di merata wilayah itu turut dikeluarkan.

Di British Columbia, ribuan penduduk di wilayah Rockies Utara dan Fort Nelson First Nations dipindahkan sedang kebakaran berhampiran, merebak hampir seganda meliputi kawasan seluas 4,136 hektar.

Fort Nelson First Nation, yang terletak 7 kilometer dari bandar tersebut, juga mengeluarkan arahan berpindah untuk Fontas, sebuah komuniti masyarakay Orang Asli.

Dalam satu wawancara yang disiarkan di TV, Datuk Bandar Rockies Utara, Rob Fraser berkata sebahagian besar daripada 3,500 penduduk di dalam dan sekitar Fort Nelson sudah dipindahkan.

Di Alberta, penduduk Fort McMurray, sebuah wilayah pusat minyak, yang mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran hutan pada tahun 2016, diminta bersiap sedia untuk meninggalkan daerah itu.

Alberta menyatakan dua kebakaran belukar itu adalah ekstrem dan di luar kawalan serta mencatatkan adanya 43 kebakaran aktif, termasuk satu yang terletak 16 km barat daya Fort McMurray. Ia meningkat dengan banyaknya pada hujung minggu lalu kepada 5,500 hektar, jauh lebih besar dari apa yang dilaporkan pada Jumaat lalu.

Pada Ahad, pihak berkuasa menyatakan kebakaran sudah mereda tetapi dijangka meningkat disebabkan suhu yang melonjak.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan