Kebakaran hutan di Riau sudah musnahkan hampir 1,700 hektar tanah
Di Indonesia, kebakaran hutan terus merebak di wilayah Riau.
JAKARTA: Di Indonesia, kebakaran hutan terus merebak di wilayah Riau.
Kebakaran hutan sejak lebih seminggu lalu itu sudah memusnahkan hampir 1,700 hektar tanah.
Agensi Pengurusan Bencana Riau menyatakan kawasan paling teruk terjejas adalah wilayah Bengkalis di mana indeks pencemaran udara mencapai tahap tidak sihat.
Kini terdapat 32 tompok panas di seluruh Indonesia, dengan enam daripadanya di wilayah Riau.
Menurut penguasa pengurusan bencana Indonesia, wilayah Riau diletakkan di bawah tahap amaran kecemasan mencegah kebakaran hutan mulai Februari hingga akhir Oktober tahun ini.
Di bawah status amaran kecemasan, wilayah-wilayah itu akan menerima bantuan dalam bentuk peruntukan dan sumber tambahan untuk melawan api kebakaran.
Wilayah-wilayah lain yang terdedah kepada kebakaran hutan seperti Sumatera Selatan juga sedang mempertimbangkan agar diletakkan di bawah status peringatan kecemasan tangani kebakaran hutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.