Skip to main content

Dunia

Kebakaran hutan di gunung Raung: 7 rakyat S'pura dipindahkan dengan selamat

13 orang pendaki, termasuk tujuh rakyat Singapura, sudah dipindahkan dengan selamat dari gunung Raung, di Jawa timur, Indonesia, selepas kebakaran hutan berlaku sekitar 5.00 petang semalam (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Oct 2019 05:42PM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 10:47PM

INDONESIA: 13 orang pendaki, termasuk tujuh rakyat Singapura, sudah dipindahkan dengan selamat dari gunung Raung, di Jawa timur, Indonesia, selepas kebakaran hutan berlaku sekitar 5.00 petang semalam (4 Okt).

Penguasa Pengurusan Bencana Indonesia mengatakan satu pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 25 orang sudah dikerah untuk menyelamatkan para pendaki itu malam semalam.

Tujuh rakyat Singapura itu dibawa ke Surabaya untuk penerbangan pulang ke Singapura sekitar 2.00 petang tadi.

Kumpulan pendaki itu berusia antara 23 dengan 27 tahun adalah dari Kelab Kembara Luar, Universiti Teknologi Nanyang.

Lawatan mereka ke Gunung Raung bermula Rabu lalu, dan mereka dijadualkan pulang ke Singapura esok (6 Okt).

Gunung Raung adalah salah sebuah gunung berapi paling aktif di pulau Jawa. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita