Skip to main content

Dunia

Kebakaran hutan di Greece diisytiharkan terbesar dalam 20 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran hutan di Greece diisytiharkan terbesar dalam 20 tahun

(Gambar" Sakis MITROLIDIS / AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2023 02:48PM Dikemas Kini : 25 Aug 2023 02:49PM
ATHENS: Kebakaran hutan yang berlaku pada Sabtu (19 Ogos) di wilayah Evros timur laut Greece adalah yang terbesar di negara itu dalam dua dekad lalu, menurut Balai Cerap Nasional Athens pada Khamis (24 Ogos).

Menurut balai cerap itu dalam ulasan mengenai data disediakan oleh perkhidmatan pemetaan Copernicus Suruhanjaya Eropah, 292,587 hektar kawasan hutan terbakar menjadi abu akibat kebakaran hutan di kawasan Alexandroupolis dan Dadia di wilayah itu setakat tengah hari Rabu (23 Ogos).

Tambahnya, 1.7 juta hektar kawasan hutan terbakar dalam 16 kebakaran hutan mega di negara itu sejak 2007, dengan kebakaran di Evros merupakan yang terbesar, lapor Agensi Anadolu.

Pesuruhjaya Eropah bagi Pengurusan Krisis Janez Lenarcic berkata di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter,kebakaran hutan di Alexandroupolis adalah yang terbesar yang pernah dihadapi Kesatuan Eropah.

"Kita mesti terus memperkukuh usaha pencegahan dan kesiapsiagaan nasional dan kolektif bagi menghadapi musim kebakaran yang lebih ganas," tambahnya.

Kebakaran hutan di Greece, didorong oleh angin kencang dan suhu tinggi, sedang marak untuk hari keenam.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita