Kebakaran hutan di California terus marak
Kebakaran hutan di wilayah California terus marak dan kini mengancam bandar Juniper Hills.
(Gambar: Reuters)
CALIFORNIA: Kebakaran hutan di wilayah California terus marak dan kini mengancam bandar Juniper Hills.
Sejak ia bermula pada pertengahan Ogos lalu, kebakaran itu sudah memusnahkan kawasan seluas 1.3 juta hektar.
Jabatan Perhutanan dan Keselamatan Kebakaran California menyatakan lebih 17,400 ahli bomba sudah dikerahkan untuk memadamkan 26 kebakaran.
Setakat ini 25 orang maut dalam kebakaran musim panas ini yang turut memusnahkan sekitar 5,400 bangunan.
Selain di California, kebakaran hutan dan belukar yang besar juga terjadi di wilayah-wilayah Oregon dan Washingston yang bermula pada 7 hari bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.