Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran hutan California tidak ubah pendirian Trump terhadap perubahan iklim

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata kemusnahan besar akibat kebakaran hutan di California tidak mengubah pendiriannya tentang perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2018 05:05PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 09:18PM

CALIFORNIA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata kemusnahan besar akibat kebakaran hutan di California tidak mengubah pendiriannya tentang perubahan iklim.

Beliau membuat kenyataan itu semasa melawat bandar Paradise yang hampir musnah sama sekali dalam kebakaran tersebut yang digelar 'Camp Fire'.

Beliau menzahirkan rasa amat sedih atas kemusnahan besar yang berlaku.

Namun Presiden Trump menegaskan amalan pengurusan hutan yang lebih baik dapat mengurangkan risiko terjadi lagi bencana seperti itu.

Kebakaran "Camp Fire" di bahagian utara California itu sudah berlarutan 10 hari.

Jumlah kematian dalam tragedi tersebut sudah meningkat kepada 76 orang.

Namun hampir 1,300 orang lagi dilaporkan masih hilang.

Dalam pada itu, kebakaran hutan di bahagian selatan California pula sudah meragut nyawa tiga orang.

Bagaimanapun pihak berkuasa sudah berjaya mengawal 80 peratus daripada kebakaran 'Woolsey Fire' itu.

Punca kedua-dua kebakaran itu belum diketahui.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan