Kebakaran hutan Australia: Ribuan penduduk Victoria diarahkan berpindah
Pihak berkuasa Australia memberi amaran kepada puluhan ribu penduduk di Gippsland, Victoria, supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera sedang kebakaran belukar kian marak.
MELBOURNE: Pihak berkuasa Australia memberi amaran kepada puluhan ribu penduduk di Gippsland, Victoria, supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera sedang kebakaran belukar kian marak.
Jabatan bantuan kecemasan Victoria menyatakan tiga kebakaran di timur Gippsland dijangka menjadi "tidak terkawal" seawal pagi Isnin (30 Dis).
Kebakaran belukar mula berlaku pada November lalu. Akibatnya, kawasan seluas 100,000 hektar musnah.
Keadaan dijangka bertambah buruk dengan tiupan angin yang kencang dan suhu meningkat kepada 40 darjah Celsius.
Pihak berkuasa bersiap siaga untuk menghadapi salah satu kebakaran paling buruk dalam sejarah wilayah Victoria esok.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.