Kebakaran hutan ancam Athens, beribu penduduk Perancis dipindahkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
- Kebakaran hutan besar melanda Greece, Perancis, Sepanyol, dan Turki, memaksa ribuan penduduk dipindahkan demi keselamatan.
- Pihak berkuasa Greece mengisytiharkan amaran merah di Athens dan kawasan sekitarnya, dengan operasi pemadaman giat dijalankan di beberapa lokasi kritikal.
- Di selatan Perancis, kebakaran merebak pantas menyebabkan 2,500 penduduk berpindah dan lebih 700 anggota bomba dikerahkan.
- Suhu tinggi dan tumbuh-tumbuhan kering, yang dikaitkan saintis dengan perubahan iklim, menjadi punca utama kebakaran semakin kerap dan dahsyat.
PARIS/MADRID/ATHENS/ISTANBUL: Greece kekal dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi pada Sabtu (1 Ogos) sedang kebakaran hutan terus melanda beberapa kawasan, manakala satu lagi kebakaran kembali marak di selatan Perancis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Penguasa perlindungan awam mengisytiharkan amaran merah bagi wilayah Athens dan kawasan sekitarnya berikutan risiko kebakaran hutan di sebahagian besar negara itu.
Keadaan paling kritikal dilaporkan kira-kira 60 kilometer ke barat laut Athens apabila api merebak sepanjang beberapa kilometer.
Menurut laporan media, ratusan penduduk dipindahkan ke tempat selamat menggunakan bot.
Kebakaran turut melanda Semenanjung Peloponnese, dengan anggota bomba dilaporkan memerangi kebakaran di 73 lokasi pada petang Jumaat.
Satu lagi kebakaran besar tercetus di barat Athens sehingga menyebabkan penduduk di pinggir bandar Dasos dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Kebakaran besar juga masih berlaku di Crete. Walaupun keadaan sudah reda sedikit, angin yang semakin kencang dikhuatiri menyebabkan api kembali marak dan menyukarkan operasi memadamkan api dari udara.
Di selatan Perancis, antara Marseille dengan Cannes, kebakaran hutan kembali marak dan merebak dengan pantas pada Jumaat, memaksa kira-kira 2,500 penduduk berpindah.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 1,000 hektar kawasan terbakar dalam tempoh beberapa jam, manakala 720 anggota bomba dikerahkan setakat lewat Jumaat.
Perancis dan negara jirannya Sepanyol terus berusaha mengawal beberapa kebakaran hutan yang dipengaruhi suhu tinggi dan tumbuh-tumbuhan kering.
Saintis mengaitkan perubahan iklim dengan kejadian kebakaran hutan yang semakin kerap dan lebih dahsyat.
Türki turut berdepan kebakaran besar di beberapa kawasan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.