Skip to main content

Dunia

Kebakaran feri Langkawi tiada unsur khianat, sabotaj

Laporan siasatan penuh berhubung insiden kebakaran feri penumpang milik Dragon Star 1 yang berlaku di Langkawi pada Isnin (26 Feb) dijangka siap dalam tempoh seminggu, kata Penolong Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara Langkawi Ghadzali Ahmad, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran feri Langkawi tiada unsur khianat, sabotaj

Sebuah pasukan penyiasat ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kebakaran feri penumpang di Langkawi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 11:34AM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 12:02PM

LANGKAWI: Laporan siasatan penuh berhubung insiden kebakaran feri penumpang milik Dragon Star 1 yang berlaku di Langkawi pada Isnin (26 Feb) dijangka siap dalam tempoh seminggu, kata Penolong Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara Langkawi Ghadzali Ahmad, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Sementara itu, insiden kebakaran feri itu tidak melibatkan sebarang unsur khianat atau sabotaj.

"Perlu ada siasatan lanjut, tapi saya rasa macam bukan unsur khianat. Jadi siasatan lanjut baru kita boleh tau tapi yang kita syak (ialah) terbakar dari sebelah enjin kiri," katanya Encik Ghadzali.

Jumlah jaket keselamatan bukanlah satu isu yang dibangkitkan, menurut beliau sambil menjelaskan bahawa jumlah jaket yang disediakan di dalam feri berkenaan cukup untuk menampung seramai 200 penumpang.

"Saya dimaklumkan cukup, sebab life jacket penumpang untuk feri tu adalah untuk kira-kira 200 orang, tapi jumlah penumpang semalam seramai 52 orang, maknanya cukup la," katanya, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Dalam insiden yang berlaku pada sekitar 2.30 petang Isnin (25 Feb), 52 penumpang berdepan detik cemas apabila feri yang dinaiki terbakar ketika dalam perjalanan dari Kuah menuju ke Kuala Perlis.

Kesemua penumpang diselamatkan oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan feri itu.

Menurut laporan Astro Awani, para penumpang terbabit terdiri daripada 22 penumpang lelaki dan 24 wanita, termasuk tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Dua penumpang wanita dan seorang anak kapal dikejarkan ke Hospital Langkawi bagi menerima rawatan akibat sesak nafas.

Menyusuli nahas itu, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar langkah-langkah keselamatan dan penyelenggaraan perkhidmatan feri di Langkawi dapat dipertingkatkan.

“Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Dr Mahathir menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan orang awam yang membantu menyelamatkan para penumpang.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita