Kebakaran di penginapan pekerja di Kuwait ragut 41 nyawa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/YASSER AL-ZAYYAT)
KUWAIT: Kebakaran di sebuah bangunan yang menempatkan para pekerja di bandar Mangaf, selatan Kuwait pada Rabu (11 Jun) meragut nyawa sekurang-kurangnya 41 orang.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Kuwati Sheikh Fahad Yusuf Saud Al-Sabah ketika melawat tempat kejadian.
Beliau menuduh pemilik hartanah melakukan pelanggaran dan bersifat tamak, dan faktor tersebut menyumbang kepada insiden itu.
"Malangnya, sifat tamak pemilik hartanah adalah punca kejadian ini," kata Sheikh Fahad, yang juga mengendalikan Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Pertahanan Kuwait.
Kebakaran dilaporkan kepada pihak berkuasa pada pukul 6.00 pagi waktu tempatan (0300 GMT), kata Mejar Jeneral Eid Rashed Hamad.
"Bangunan di mana berlakunya kebakaran itu digunakan untuk menempatkan para pekerja, dan terdapat sejumlah pekerja yang berada di sana ketika itu. Puluhan dapat diselamatkan, namun ramai maut akibat terhidu asap," kata seorang komander kanan polis kepada saluran televisyen tempatan.
"Kami sentiasa memberi amaran dan melarang menempatkan terlalu ramai pekerja dalam tempat penginapan pekerja," katanya, tanpa memberi maklumat tentang jenis pekerjaan yang dilakukan atau negara asal mereka.
Menurut para pegawai, kebakaran itu sudah dipadamkan dan pihak berkuasa sedang menyiasat puncanya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.