Kebakaran di kilang Pasir Gudang, api dapat dilihat dari S'pura

(Gambar: Ashlynn Chua, Chris Oira)
PASIR GUDANG: Satu kebakaran yang berlaku di sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor menyebabkan bebola api yang dapat dilihat di Singapura.
Seorang jurucakap daripada stesen polis Taman Pasir Putih di Pasir Gudang memberitahu Mediacorp bahawa kebakaran di kilang Lotte Chemical Titan di Tanjung Langsat pada petang Khamis (24 Feb) menyebabkan "satu letupan".
Jurucakap yang enggan mendedahkan identitinya berkata usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan setakat 8.30 malam.
Namun, masih belum diketahui sama ada terdapat kematian atau kecederaan akibat kebakaran dan letupan itu, tambah jurucakap tersebut.
Apabila Mediacorp tiba di kilang itu kira-kira 6.45 petang, asap tebal dapat dilihat di sekitar tempat kejadian dengan bau asap yang kuat.
Mediacorp sudah menghubungi jabatan kebakaran Pasir Gudang untuk maklumat lanjut.
Di Singapura pula, beberapa saksi di Pasir Ris dan Punggol melihat apa yang mereka gambarkan sebagai bebola api.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.