Kebakaran dari bilik enjin punca feri Langkawi terbakar
Kebakaran feri penumpang di perairan Langkawi, Kedah pada Isnin (25 Feb) dipercayai bermula dari bilik enjin, menyusuli laporan awal yang diterima oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM).
Sebuah pasukan penyiasat ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kebakaran feri penumpang di Langkawi. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Kebakaran feri penumpang di perairan Langkawi, Kedah pada Isnin (25 Feb) dipercayai bermula dari bilik enjin, menyusuli laporan awal yang diterima oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM).
Menurut kenyataan JLM semalam (25 Feb), sistem maklumat dan pemantauan trafik perkapalan (VTMIS) menerima panggilan daripada nakhoda feri penumpang Dragon Star 1 bagi memaklumkan bilik enjin feri tersebut terbakar pada sekitar 2.55 petang.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 3.16 petang dan kebakaran dapat dikawal pada 4.45 petang.
"Kapal Jabatan Laut Malaysia, SUHAIL, telah menunda feri penumpang Dragons Star 1 itu ke kawasan labuhan untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Dalam insiden yang berlaku pada sekitar 2.30 petang semalam (25 Feb), 52 penumpang berdepan detik cemas apabila feri yang dinaiki terbakar ketika dalam perjalanan dari Kuah menuju ke Kuala Perlis.
Sebanyak enam bot yang berada di sekitar tempat kejadian berjaya membantu semua mangsa ke terminal penumpang di Kuah, manakala dua mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Menyusuli kejadian itu, JLM sudah menubuhkan sebuah pasukan penyiasat bagi menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca insiden tersebut.
LAPORAN BERKAITAN:
Feri penumpang terbakar dekat Pulau Langkawi
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.