Kebakaran besar tercetus di daerah Gangnam, selatan Seoul
Anggota bomba memadamkan api di kampung Guryong di daerah Gangnam, Seoul, Korea Selatan, 16 Jan 2026. (Gambar: Reuters/Kim Hong-ji)
This audio is generated by an AI tool.
Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, namun seramai 47 penduduk sudah dipindahkan, menurut pegawai dari Ibu Pejabat Bomba dan Bencana Seoul.
Pihak berkuasa sudah menaikkan tahap amaran kebakaran ke tahap kedua kerana bimbang kebakaran itu akan merebak ke kawasan gunung berdekatan.
Sebanyak 85 kereta bomba dikerahkan ke tempat kejadian. Bagaimanapun, helikopter tidak dapat digunakan disebabkan oleh keadaan bandar yang berjerebu dan kabus tebal.
Menteri Keselamatan Korea Selatan Yun Ho-jung mengarahkan semua anggota dan peralatan bomba dikerahkan sepenuhnya untuk menyelamatkan nyawa serta memadamkan kebakaran dengan segera.
Kawasan tersebut, yang dikenali sebagai Kampung Guryong, merupakan kawasan perumahan daif yang terletak di daerah Gangnam - salah satu kawasan terkaya di Seoul. Kawasan itu dijadual dibina semula menjadi bangunan kediaman bertingkat tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.