Kebakaran besar ranapkan bangunan kediaman di Paris
Satu kebakaran besar meranapkan sekurang-kurangnya empat tingkat sebuah bangunan kediaman di utara ibu kota Perancis, Paris.
PARIS: Satu kebakaran besar meranapkan sekurang-kurangnya empat tingkat sebuah bangunan kediaman di utara ibu kota Perancis, Paris.
Mujur, tiada kecederaan dilaporkan. Sekitar 80 orang anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran itu.
Jurucakap pasukan bomba Gabriel Plus berkata tiada seorang mangsa pun kelihatan bergerak di kesemua empat tingkat bangunan tersebut yang terjejas. Menurut beliau lagi, kebakaran berlaku di dalam serta luar bangunan berkenaan dengan apinya marak dari tingkat tiga hingga enam.
Bangunan itu mempunyai dua lif yang pada dasarnya mudah merebakkan api. Punca kebakaran yang turut mencetuskan beberapa letupan itu bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.
Kawasan yang terjejas itu dikatakan didiami oleh ramai pendatang dari rantau Asia.
Kebakaran besar itu berlaku dua bulan selepas 10 orang terbunuh dalam kebakaran di barat daya Paris.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.