Kebakaran besar jejas teruk bangunan pejabat di Changsha, selatan China

Satu kebakaran besar-besaran menyelubungi sebuah bangunan pejabat tinggi yang terletak di pusat bandar Changsha pada 16 Sep 2022. (Gambar: @melonconsumer/Twitter)
Berpuluh-puluh tingkat bangunan China Telecom, setinggi lebih 200 meter itu "terbakar teruk", menurut penyiar negara CCTV.
Kebakaran sudah berhasil dipadamkan dan dan tiada kemalangan jiwa ditemui, menurut Jabatan Bomba Hunan.
Tambah jabatan tersebut, 36 kereta bomba dan 280 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.
Video yang dimuat naik ke platform media sosial oleh sebuah portal berita tempatan menunjukkan bahagian luar bangunan tersebut hangus terbakar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.